in

Resepi Ayam Percik | Malaysian Spiced Barbecue Chicken Recipe | Seismik Makan

https://bit.ly/smakanfb

Selalu terliur apabila ternampak ayam percik di bazaar ramadan? Senang je nak buat kat rumah sebenarnya! Jom buat?

—–

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
‘Like’ kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
‘Follow’ kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

—–

RESEPI PENUH

Bahan-bahan:

Perapan ayam:
– 5 ulas bawang merah besar
– 5 bawang putih
– 1 inci halia
– 8 ketul ayam

Kuah:
– 20 biji bawang merah kecil
– 3 biji bawang merah besar
– 1 inci halia
– 4 ulas bawang putih
– 1 inci kunyit
– 15 batang cili kering
– 3 batang serai
– 1/4 cawan air asam jawa
– 2 sudu gula perang
– Garam secukup rasa
– 1 cawan santan pekat

Cara:
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam mangkuk ayam dan perap selama 1 jam.
2. Untuk kuah pula, kisarkan bawang merah besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, kunyit dan cili kering sehingga lumat.
3. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan serai dan tumis sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam.
5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan didih sehingga separuh masak.
6. Keluarkan ayam dan bakar sehingga menjadi warna keperangan.
7. Dalam kuali yang sama tadi, masukkan santan pekat dan didihkan seketika.
8. Ayam Percik sudahpun siap untuk dihidang kuah!

—–

Kredit

Muzik:
http://artist.io

Kru:
Producer – Ihsan Ihsani
Chef – Ihsan Ihsani
Videographer & Editor – Shin Ling Eyu

source

Easy Dessert Recipes So Yummy | Perfect Cake Decorating Tutorials | Lovely Cake

குக்கரிலும் செய்யலாம் தந்தூரி சிக்கன் / Without Oven in Pressure Cooker Tandhoori Chicken Recipes